arashi

arashi

Thursday, February 17, 2011

missing n found

layan tidur
sedap~~

ni kes ngantuk sangat ni~
aku pulang ke rumah hari jumaat sebab tak sabar nak dapat anak buah. malam tu, rasa panas sangat, so aku buka la tingkap bilik. aku dengar bunyi bising pagi tadi, nampak macam kenet nak kencing kat atas meja lagi. aku bangun laa...tapi bila buka lampu, habibi rupanya. aku cari kenet. tak jumpa. pelik aku...habis, dia terjun tingkap! nasib baik dah pukul 6 lebih, aku bagi habibi makan and masukkan dia dalam sangkar sambil tu panggil  laa kenet...
tepat pukul 7, aku kejutkan adik lelaki supaya join aku cari kenet sekali. merata tempat kitaorang cari but still cannot find him. yang peliknya, aku tak rasa apa-apa (gelisah, takut, marah etc). aku boleh selamba cakap "biarlah"! aku terus sambung tengok vampire's diaries. hahahahaha!!! tapi aku still suruh adik aku cari kat rumah2 neighbour tempat kenet selalu lepak kalau terlepas keluar...
ibu cakap kenet kucing jantan. nak cari girlfriend sendiri. nak je aku belasah kenet sebab apa gunanya ada habibi. memilih! ayah lagi best...kenet dah kena ambil...!? what??? aku tak rasa anxious sangat sebab aku tahu kenet mesti balik nak makan
malam menjelang, kenet punya batang hidung pun aku tak nampak. selalu juga laa aku check pintu depan and belakang, mana la tau dia dah balik ke... bila time nak tidur, aku peluk habibi (ganti kenet). aku rasa habibi mesti pelik sebab tiba2 aku tidur peluk dia...tapi dia tak boleh diam, so, aku peluk la bantal~
hari ahad pun sama~ aku ingat nak balik melaka tapi...entah la, rasa macam ada benda tak kena je. aku lupakan hasrat nak balik hostel sebab nawaitu aku balik nak sambut anak buah. sebelum tidur, aku ingat nak buat iklan missing cat. macam mana dengan layout...nak letak gambar kenet yang mana satu...nak letak h/p ke...zzzzzz
pagi isnin tu macam biasa. aku bagi habibi makan. check pintu depan and belakang. masih tiada lagi kelibat kenet lagi. telefon berbunyi. ibu cakap dia on the way balik rumah sebab ibu dari rumah angah. alhamdulillah, the time is up! air ketuban angah pecah. ibu suruh aku masak lunch untuk adik aku lepas balik sekolah.
tengah hari, angah sampai dengan husband dia. aku ikut sekali pergi hospital.
angah kena warded sebab belum sampai masanya nak bersalin. petang tu, bila dah tengok katil, kitaorang pun
nak balik. tetiba, adik aku call ibu, "dah jumpa kenet! tapi habis bulu dia kotor" aku pun apalagi, menjerit laa. aku suruh diaorang mandi kenet. balik je rumah, aku terus cari kenet. nak belasah dia tapi kesian tengok muka dia. nampak mengantuk sangat. aku ketuk kepala dia. adik aku pun cerita la kat mana dia jumpa kenet.
ajim dengar bunyi kucing gaduh. dia keluar tengok. nampak dari jauh macam kenet. dia pergi dekat sikit. memang kenet pun tapi dia tak lari pun.terus ajim bawa balik kenet.
hari tu merupakan happy day untuk aku. kenet dah jumpa balik and new born baby is on his way!

No comments:

Post a Comment